PELAN PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR

Perancangan Kuala Lumpur adalah berasaskan komponen sistem pelan pembangunan yang mengikut peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). Akta ini memerlukan Datuk Bandar menyediakan pelan pembangunan bagi memandu pembangunan di Kuala Lumpur. Pelan Pembangunan Kuala Lumpur ini mengandungi dua (2) pelan utama iaitu;

  • Pelan Struktur Kuala Lumpur
  • Pelan Tempatan Kuala Lumpur

Pelan pembangunan ini menggantikan Pelan-pelan Pembangunan Lengkap 1039, 1040 dan 1041 yang telah diwartakan mengikut peruntukan Ordinan No. 46 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.


PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR

Perancangan Kuala Lumpur adalah berasaskan komponen sistem pelan pembangunan yang mengikut peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). Akta ini memerlukan Datuk Bandar menyediakan pelan pembangunan bagi memandu pembangunan di Kuala Lumpur. Pelan Pembangunan Kuala Lumpur ini mengandungi dua (2) pelan utama iaitu;

PSKL merupakan dokumen perancangan yang mengandungi wawasan, matlamat, dasar dan cadangan untuk memandu pembangunan Kuala Lumpur bagi 20 tahun akan datang. PSKL menetapkan rangka kerja perancangan dan pembangunan spatial untuk diterjemah secara terperinci pada peringkat pelan pembangunan seterusnya iaitu pelan tempatan, pelan induk dan pelan tindakan yang lain-lain.


PELAN TEMPATAN KUALA LUMPUR

Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020) Pelan Tempatan Kuala Lumpur pertama yang dikenali sebagai yang Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020) adalah dokumen menterjemah wawasan jangka panjang PSKL2020 ke arah Bandar Raya Bertaraf Dunia.

PBRKL2020 telah diwartakan pada 30 Oktober 2018 dan disediakan di bawah peruntukan Seksyen 13, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan1982. Agenda kemampanan perancangan ini disokong oleh pertumbuhan dinamik Bandar Raya dan memastikan keperluan komuniti Bandar Raya ini dipenuhi. Pelan ini menetapkan Hala tuju strategik dan mengenal pasti tindakan tempatan bagi pelaksanaan kawalan perancangan. Pelan ini akan digunapakai oleh DBKL dalam membuat keputusan berkaitan kawalan perancangan, pemohonan pelan bangunan, pembangunan infrastruktur dan menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembangunan Bandar Raya Kuala Lumpur.

Hubungi

Hubungi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Lokasi:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Emel:

jprb@dbkl.gov.my

No Telefon:

03 2617 9000 (operator)